Kebakaran di Kompleks Petronas LNG di Bintulu berjaya dipadamkan




Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran di Kompleks Petronas LNG di Bintulu

KUCHING: Satu kebakaran berlaku di saluran limpahan air penyejuk laut di luar kawasan proses loji dalam Kompleks Petronas LNG di Bintulu sekitar 6 pagi pada Jumaat.

Menurut Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) dalam satu kenyataan, Pasukan Tindakan Kecemasan digerakkan ke lokasi untuk mengawal situasi dan kebakaran berjaya dipadamkanpada pukul 6.48 pagi.

"Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mana-mana kakitangan atau kesan buruk kepada masyarakat berdekatan," katanya hari ini

Katanya, semua pihak berkuasa relevan sudah dimaklumkan dan siasatan kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden tersebut.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...