Jambatan runtuh, lori terbalik




Keadaan lori yang terbalik selepas jambatan dilalui runtuh hari ini.
KUCHING: Sebuah lori terbalik selepas jambatan yang dilalui di Kampung Segar, Simunjan, dekat sini tiba-tiba runtuh hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jambatan itu runtuh sekitar tengah hari dipercayai kerana tidak dapat menampung bebanan berat lori tersebut.

"Jambatan tersebut runtuh akibat tidak dapat menampung bebanan sebuah lori yang lalu di atas jambatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Status pemandu bagaimanapun, tidak dapat dipastikan.

Kejadian itu turut dimaklumkan kepada Pejabat Daerah Simunjan untuk melaporkan kepada polis bagi pemantauan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) turut dimaklumkan tentang kejadian di lokasi tersebut untuk tindakan lanjut.

Menurutnya lagi, JKR Sarawak menghantar kontraktor ke lokasi untuk membuat lencongan laluan sementara.

"Kita juga mengarahkan CMS Roads Sdn Bhd untuk membina lencongan laluan sementara dengan kadar segera," ujarnya JKR Sarawak.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...