Isu bumbung, papan tanda sekolah rosak selesai – Snowdan





KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata isu kerosakan bumbung pondok pengawal dan papan tanda di SK Sacred Heart, Kpg Semeba akibat pendaratan helikopter dinaiki beliau pada 4 Ogos lepas telah diselesaikan dengan baik.

Menurut Snowdan, beliau telah berjumpa dengan pihak sekolah, pegawai Jabatan Pendidikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ketua kampung untuk menyelesaikan masalah itu dengan menggantikan bumbung dan papan tanda baru.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi geran sebanyak RM5,000 kepada PIBG sekolah tersebut selain tambahan RM3,000 bagi membeli peralatan sukan dan RM2,000 lagi untuk perpustakaan.

“Mereka sangat gembira dan tiada masalah, malah pihak sekolah juga telah mengatakan perkara itu telah selesai dalam laman Facebook sekolah itu dan mahu pihak tertentu tidak membesar-besarkan lagi isu itu,” kata Snowdan ketika ditemui pada Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Bangunan Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Menurutnya, sehari sebelum insiden itu berlaku, beliau menghadiri majlis rasmi di Betong bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah.

Dalam perjalanan pulang melimpasi Kpg Semeba, beliau meminta juruterbang untuk menurunkannya di SK Sacred Heart kerana kebetulan ada majlis Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang diadakan tidak jauh dari sekolah berkenaan.

“Apabila juruterbang memeriksa dengan menara kawalan, ada sebuah sekolah yang boleh digunakan untuk mendarat kerana mereka ada rekod helikopter pernah mendarat di situ untuk merasmikan dewan oleh Perdana Menteri.

“Mungkin disebabkan angin kuat dari helikopter menyebabkan bumbung rumah pengawal dan papan tanda terkopak sedikit. Namun ia dibesarkan oleh pihak tertentu,” katanya lagi.

Setiausaha Publisiti dan Sosialis Belia Parti Tindakan Demokratik (DAP), Aziz Isa semalam mengeluarkan kenyataan mengkritik Snowdan kerana mendarat helikopter di perkarangan sekolah berkenaan.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...