RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS


SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan Polis Marin dalam satu serbuan di sebuah stor penyimpanan barang di kawasan perindustrian di Lorong Dik Lik Kiong, Sg. Merah dekat sini pagi Isnin.
Pemangku Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5, SUPT, Abdul Rahman Mat Hassan, berkata operasi tersebut diketuai oleh ASP Muhammad Sallam dan ASP Syahruddin bersama anggota pada jam 8.25 pagi Isnin.
Selain bir dan rokok yang tidak bercukai, pihaknya turut menahan tiga lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun di lokasi sama.
Katanya, barang kes dan tiga lelaki terbabit telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Dalam pada itu katanya, rampasan kali ini merupakan kes yang terbesar di Sarawak tahun ini.
"Kami percaya semua rokok dan bir yang dirampas tersebut diseludup menggunakan pengangkutan kapal adalah untuk dijual di pasaran tempatan yang berdekatan di negeri ini.
Abdul Rahman berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam 
dalam usaha untuk membanteras aktiviti penyeludupan barangan tidak bercukai dan lain-lain kesalahan di perairan dan daratan di negeri ini.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan terua ke Ibu Pejabat  PPMW5 di talian 082- 334111," tambah beliau.-UtusanBorneo

PELAJAR IPT DITAHAN POSITIF DADAH

MUKAH: Seorang pelajar tahun ketiga di sebuah instituai pengajian tinggi yang terletak di Bintulu ditangkap selepas didapati positif dadah Methampethamine dalam satu serbuan di sini, Isnin.
"Ketika pemeriksaan dilakukan di dalam rumah tersebut, pihak polis tidak menjumpai dadah,"  katanya kepada Utusan Borneo hari ini.
Bagaimanapun, suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dan ujian saringan air kencing dilakukan.
Hasil ujian air kencing suspek didapati positif dadah jenis Methampethamine.
Sehubungan itu katanya, suspek telah direman selama empat hari sehingga 10 Ogos 2019 dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Utusan Borneo

Isu bumbung, papan tanda sekolah rosak selesai – Snowdan





KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata isu kerosakan bumbung pondok pengawal dan papan tanda di SK Sacred Heart, Kpg Semeba akibat pendaratan helikopter dinaiki beliau pada 4 Ogos lepas telah diselesaikan dengan baik.

Menurut Snowdan, beliau telah berjumpa dengan pihak sekolah, pegawai Jabatan Pendidikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ketua kampung untuk menyelesaikan masalah itu dengan menggantikan bumbung dan papan tanda baru.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberi geran sebanyak RM5,000 kepada PIBG sekolah tersebut selain tambahan RM3,000 bagi membeli peralatan sukan dan RM2,000 lagi untuk perpustakaan.

“Mereka sangat gembira dan tiada masalah, malah pihak sekolah juga telah mengatakan perkara itu telah selesai dalam laman Facebook sekolah itu dan mahu pihak tertentu tidak membesar-besarkan lagi isu itu,” kata Snowdan ketika ditemui pada Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Bangunan Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Menurutnya, sehari sebelum insiden itu berlaku, beliau menghadiri majlis rasmi di Betong bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah.

Dalam perjalanan pulang melimpasi Kpg Semeba, beliau meminta juruterbang untuk menurunkannya di SK Sacred Heart kerana kebetulan ada majlis Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang diadakan tidak jauh dari sekolah berkenaan.

“Apabila juruterbang memeriksa dengan menara kawalan, ada sebuah sekolah yang boleh digunakan untuk mendarat kerana mereka ada rekod helikopter pernah mendarat di situ untuk merasmikan dewan oleh Perdana Menteri.

“Mungkin disebabkan angin kuat dari helikopter menyebabkan bumbung rumah pengawal dan papan tanda terkopak sedikit. Namun ia dibesarkan oleh pihak tertentu,” katanya lagi.

Setiausaha Publisiti dan Sosialis Belia Parti Tindakan Demokratik (DAP), Aziz Isa semalam mengeluarkan kenyataan mengkritik Snowdan kerana mendarat helikopter di perkarangan sekolah berkenaan.

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...