Warga emas cedera parah dilanggar kereta hilang kawalan

DEBAK: Seorang warga emas mengalami kecederaan parah setelah dilanggar sebuah kenderaan yang hilang kawalan dalam satu insiden kemalangan jalan raya berhampiran Jalan Suri, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Betong Deputi Superintendan Mohd Fahdil Antum Abdullah memberitahu, kejadian berlaku kira-kira 8:45 pagi melibatkan sebuah motorsikal dan kereta jenis Perodua Kancil.

“Pada kejadian tersebut Abang Muhamad Daud Abang Bolhassan, 36 (Kampung Bungey) sedang memandu dari arah Spaoh hendak menuju ke Debak, namun sebaik tiba di Jalan Suri, keretanya hilang kawalan lalu memasuki laluan kanan.

“Dia terus merempuh penunggang motorsikal Bujang Ismail, 67 (Kampung Bungin) yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika ditanya pemberita, pagi tadi.

Jelasnya, akibat daripada kemalangan tersebut warga emas tersebut mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Betong, sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua kenderaan turut dilaporkan rosak pada bahagian hadapan.

Tambah Fahdil, kes disiasat lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-SuaraSarawak
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...