Tolong lah, Tun... - Nurul Hidayah Ahmad Zahid



Nurul Hidayah berkata 10 Ramadan terakhir sangat besar maknanya buat bapanya di Mekah. - BERNAMA/Fail

KUALA LUMPUR: Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar membenarkan bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Menerusi status di laman Instagram miliknya hari ini, Nurul Hidayah memberitahu sudah menjadi kebiasaan Ahmad Zahid menunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir sejak 30 tahun lalu.

Katanya, bapanya yang juga Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datok, tidak akan melarikan diri, malah turut tidak mempunyai masalah sekiranya dikawal oleh polis sepanjang berada di Tanah Suci.

Tambahnya, 10 Ramadan terakhir sangat besar maknanya buat bapanya di Mekah.

"Tolong benarkan abah saya ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 10 terakhir Ramadan. Sesiapa yang terbaca status ni dan tahu bagaimana untuk berhubung dengan YAB Tun sila DM sy.

"Dan jika ada sahabat yang mengenali saya dan keluarga secara rapat suatu ketika dahulu yang kenang akan persahabatan ini, mohon bantu panjangkan kepada pihak Tun," ujarnya menerusi Instagram.-Awani

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...