TIGA LELAKI DITAHAN MILIKI DADAH DAN SENJATA API






 


LAWAS: Dadah bernilai  lebih 11-ribu ringgit berjaya dirampas sepasukan anggota dan pegawai Jabatatn Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontigen Sarawak ketika melakukan satu serbuan di sebuah rumah di kampung Punang Berayong, Long Sukang, Lawas jam 2 pagi tadi.

Operasi yang dijalankan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Lawas turut menahan tiga lelaki  termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 34 hingga 67 tahun

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Supritenden Sahar Abul Latif, pemeriksaan terhadap suspek telah menemui ketulan Kristal disyaki dadah jenis syabu di tingkat atas serta di bahagian dapur rumah terbabit.

Turut ditemui dua laras senapang patah buatan sendiri, 25 butir peluru senapang patah serta sepucuk pistol selain ujian awal saringan air kencing memndapati salah seorang daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Semakan keatas ketiga suspek juga mendapati ketiganya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat dibawah seksyen 39A kurungan 2, sekyen 15  kurungan 1 kurungan  A, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.-SarawakAritok

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...