SKMM nafi pantau, intip kandungan WhatsApp individu tertentu



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan kononnya telefon pintar milik individu tertentu di negara ini dipantau atau diintip pihak berkuasa.

SKMM dalam satu kenyataan hari ini, menyifatkan dakwaan itu sebagai palsu dan tidak benar sama sekali.

“Sebagai badan mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, agensi ini tidak memantau mahupun mengintip perkara yang dimuatkan pengguna aplikasi WhatsApp.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan jangan mudah percaya atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...