SEORANG PELANCONG REMAJA SESAK NAFAS DI AIR TERJUN LAMBIR

Miri - Seorang pelancong remaja lelaki berusia 19 tahun berdepan detik mencemaskan setelah mengalami sesak nafas ketika berada di Air Terjun Lambir, Taman Negara Lambir di sini petang tadi.

Bomba yang menerima panggilan pada jam 2.24 petang telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, anggota penyelamat dari unit EMRS terus mencari mangsa dan memberi rawatan awal dan ketika tiba di kawasan pintu masuk kawasan air terjun pada jam 3.26 petang mangsa didapati telah berada dilaluan masuk Taman Negara Lambir.

Ketika kejadian berlaku, mangsa telah dibantu oleh seorang warga Denmark yang kebetulan melalui jalan yang sama dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...