Rogol budak, tukang kebun kena 20 tahun





SIBU: Seorang tukang kebun warga asing dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara berserta empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tiga bulan.

Tertuduh yang dikenali sebagai Maxi Banfanti, 30, terdahulu didakwa atas dua pertuduhan merogol dan dua lagi pertuduhan bagi kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.   

Mengikut pertuduhan, Maxi didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa tempat sekitar Mac dan April lepas.

Berdasarkan fakta kes, pada 22 April lalu kira-kira jam 6.05 petang, pengadu yang juga ibu mangsa telah mendapati mangsa tiada di rumah mereka di Sungai Bidut.

Pada 24 April, kira-kira jam 8 pagi, suami pengadu telah keluar mencari mangsa dan menjumpai mangsa di Terminal Bas Paradom bersama tertuduh sedang menunggu bas.

Tertuduh dan mangsa kemudian dibawa ke balai polis.

Ketika ditanya oleh pengadu, mangsa mengaku telah keluar mengikut tertuduh dan melakukan hubungan seks.

Maxi yang telah berkahwin serta mempunyai dua anak dalam rayuannya mendakwa kesal dengan kesalahan yang telah dilakukannya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Aizuddin Masrom memberitahu mahkamah kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh amat serius dan hukuman yang setimpal amat perlu sebagai pengajaran kepada yang lain.

Sementara itu, Maxi turut dikenakan hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah setelah mengaku bersalah memasuki negara ini secara haram.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 24 April 2019, kira-kira jam 1 petang di Balai Polis Pusat Sibu.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...