Kita telah melalui proses Demokrasi yg sihat, tiada kacau-bilau lepas pilihanraya.
setahun yg lepas, majoriti rakyat Malaysia yg memilih PH utk mentadbir Kerajaan Persekutuan sgt mengharap perubahan yg dijanjikan.
Kalau benar bagai dikata, sejujurnya saya menyokong agenda mereka yg berhasrat utk menghapuskan gejala rasuah, sistem keadilan yg telus (Rule of Law), menurunkan kos sara hidup, sistem pendidikan yg bermutu serta prasarana sekolah yg moden, menyegerakan pembgnan infrastruktur yg byk ke arah luarbandar serta keadaan ekonomi negara yg memberansang..
tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya..
PH sepjg tahun sibuk bermain politik dan sepjg masa memberi berbagai alasan yg remeh..sentiasa bernada menyalah pentadbiran yg lepas..tiada tanda2 constructive utk membaiki keadaan.
Saya tidak menafikan ada seorg dua menteri yg nampak ingin bekerja dgn baik..tapi yg lain kurang meyakinkan..
Mereka harus ingat bahawa mereka(PH) sekarang sedang mengurus masa depan sebuah Negara, bukan urus negeri atau kampung.
Sering kali membuat keputusan yg tergesa-gesa dan lepas itu "u-turn". Amat ketara mereka kurang arif ttg sistem pengurusan perkhidmatan awam.
Keadaan ini menimbulkan persepsi yg negatif di kalangan pelabur asing kerana faktor kurang keyakinan kpd terhadap pentadbiran persekutuan.
Keadaan bertambah celaru bila PH terutama sekali Menteri Kewangan yg sering memberi gambaran yg buruk ttg keadaan ekonomi negara berdasarkan fakta2 yg rapuh dan kabur.
Ini akan memberi kesan yg serious kpd ekonomi negara dimana akhirnya rakyat akan menjadi mangsa disebabkan kos sara hidup yg semakin meningkat dan tanda2 inflasi akan melanda negara.
PM Tun M sebagai seorg ahli cabinet yg berpengalaman luas harus mendidik menteri2 beliau dgn cepat..rakyat mahu melihat pentadbiran Persekutuan yg berfungsi dgn lebih cekap dan bersih, bukan menteri2 cabinet yg sedang "berkursus atau latihan amali".
Mungkin PM Tun M mesti berani merombak kabinet sebelum keadaan negara semakin tidak menentu dan celaru.
Kita dlm GPS yg mentadbir kerajaan negeri Swk bersedia bekerjasama dgn kerajaan Persekutuan dlm perkara2 kepentingan bersama terutama yg melibatkan kesejahteraan rakyat.
YAB CM dlm kesungguhan beliau utk mempastikan pembgnan negeri tidak terjejas malah semakin aggresif, sentiasa bersikap terbuka utk mengadakan perbincangan terbuka dgn Kerajaan Persekutuan.
Agak pelik, bila byk peruntukan kearah negeri Swk dikurangkan atas alasan "negara byk hutang" tapi sebaliknya meluluskan byk projek2 bernilai ratusan juta ke negeri2 lain.
Walhal rekod menunjukkan bahawa negeri Swk adalah penyumbang utama ke dlm tabung Persekutuan.
Dalam masa yg sama, pendirian kita di Swk tetap tegas dan tidak berganjak dlm perkara2 yg melibatkan kepentingan serta hak negeri. Kita tidak menuntut perkara2 yg melampau..kita hanya berunding ttg Hak dan Kepentingan kita yg termaktub dlm Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia..itu saja.
Respect and mutual understanding goes both ways..tiada niat utk berkonfrantasi..
Kedudukan kita sebagai entiti yg membentuk Malaysia harus diiktiraf dan dihormati.
Warga negeri Swk yg paling majmuk di Malaysia terkenal dgn perpaduan yg akrab dan bertolak ansur..tapi jgn sampai mengkotak katik kedudukan kita.
Lu respect, kita tabik..
lu kasar, jgn sampai kita melanggar..
(arum bulak..kata kita org Swk)
-YB Abdullah Hj.Saidol-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS
SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...
-
Pada awal sebelum tahun 1873 bandar Sibu dikenali sebagai “Maling” disebabkan kedudukan geografi Sibu terletak di Tanjong Maling. Menuru...
-
Tahukah anda apa yang pelik serta luar biasa dekat dearah Sri Aman. Di Malaysia ini cuma Bandar Sri Aman ini sahaja yang ajaib bagi saya da...
-
MIRI:Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUCC) pertama di negara ini akan dibangunkan di Bandaraya Miri, dengan matlamat untuk dijadikan pus...

No comments:
Post a Comment