PERASMIAN BAZAAR RAMADAN BEKENU

Perasmian Bazaar Ramadan Bekenu Dimeriahkan Dengan Agihan Bubur Lambuk   

MIRI: Perasmian Bazaar Ramadan Bekenu kali ini dimeriahkan dengan agihan bubur lambuk dan pemberian susu kurma.

Majlis perasmian telah disempurnakan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu YB Rosey Yunus di sini, semalam.

Pada majlis itu, Rosey Yunus turut mengagihkan bubur lambuk dan juga buah kurma berserta susu kurma sumbangan Ahli Parlimen Sibuti.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibuti YB Lukanisman Awang Sauni dan Pegawai Daerah Miri Jemalie Busri.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...