Pemandu hilux maut tersepit

 MIRI: Seorang pemandu kereta hilux disahkan maut akibat tersepit selepas terlibat dalam kemalangan kendiri  di Kilometer 78, Jalan Bintulu-Miri di sini petang tadi.

Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.01 petang menghantar anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, didapati mangsa, Chong Yen Kheong,54, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang turut berada di lokasi kejadian. Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan peralatan rescue tools dan sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan  operasi tamat pada jam 4.55 petang.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...