Man United kempunan lagi




HUDDERSFIELD: Impian Manchester United untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan empat terbaik berakhir selepas diikat 1-1 oleh kelab tercorot Huddersfield Town, sebentar tadi.


Pada aksi di Stadium John Smith itu, United yang memburu kemenangan pertama daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan membuat permulaan baik apabila meledak gol pembukaan seawal minit kelapan menerusi Scott McTominay.

Huddersfield, yang hanya meledak sembilan gol dalam permainan terbuka sebelum aksi menentang United bertindak balas dan hampir menyamakan kedudukan menerusi Karlan Grant sebelum rehat.

United turut berpeluang menggandakan kelebihan pada minit ke-42 tetapi tandukan ayam tambatannya Paul Pobga menggegar palang.


Alexis Sanchez yang membuat penampilan sulung bersama United sejak 2 Mac digantikan di awal permainan babak kedua yang kemudian menyaksikan tuan rumah meledak gol penyamaan menerusi Isaac Mbenza pada minit ke-60.

Ia adalah jaringan pertama Mbenza buat kelab yang sudah pun sah tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan itu dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Terdesak memburu gol, nasib jelas tidak menyebelahi United apabila Pogba sekali lagi menggegar palang ketika mereka mengasak memburu jaringan kemenangan.

Huddersfield begitupun kekal bertahan untuk mengutip satu mata dengan United terus dipalit hampa apabila hanya meraih dua kemenangan daripada 11 kemenangan dalam semua kejohanan. - Reuters
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...