Lelaki maut langgar anjing

DARO: Seorang penunggang motosikal terbunuh gara-gara terlanggar seekor anjing sebelum terbabas dan merempuh kontena besi di bahu jalan di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mato Daro DSP Neil Baginda berkata kejadian malang itu dipercayai berlaku sekitar pukul 6.30 pagi.
Katanya, mangsa yang datang dari arah rumah panjang Bagat, Nangar Kecil Daro menuju ke Kampung Badong apabila kejadian itu berlaku.
"Setiba di lokasi, mangsa yang berumur 26 tahun dipercayai telah melanggar seekor anjing di tengah jalan sebelum terbabas dan merempuh kontena besi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Neil berkata, mangsa, yang identitinya belum diperolehi, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Daro.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daro dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengankutan Jalan 1987.
Difahamkan, anjing berkenaan turut mati dalam kemalangan tersebut.-UtusanBorneo



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...