Kes tipu jual tanah, polis cari Hashim Mohamad 





KUCHING: Polis sedang menjejaki seorang lelaki, Hashim Mohamad, 37, bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah bernilai RM1.05 juta.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes penipuan tanah daripada seorang kontraktor pada 4 Julai 2016.

Mangsa, 49, pada Oktober 2015 semasa berada di Kuching mendakwa diperdayakan dalam urusan pembelian tanah di Kuching yang bernilai RM1.05 juta.

Dalam urusan tersebut katanya, mangsa telah membuat pembayaran deposit berjumlah RM140,000 menggunakan cek.

“Mangsa dijanjikan dalam tempoh setahun tanah tersebut akan ditukar hak milik kepada nama mangsa.

“Tetapi setelah semakan dengan pejabat tanah mendapati tanah tersebut masih tidak ditukar atas nama mangsa,” dedahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu dikehendaki terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Khir Johari Esa di talian 013-3721981 atau Inspektor Hamizan Ismail 016-4455695. – Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...