Kerajaan Sarawak Prihatin Terhadap Kebajikan Setiap Rakyatnya

MIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa bersikap prihatin terhadap kebajikan setiap rakyatnya dengan memberikan bantuan kepada kebajikan masyarakat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata keprihatinan ini membolehkan rakyat yang kurang berkemampuan akan terus dibantu tanpa mengira kaum dan agama.

“Pada hari ini, seramai 200 orang akan menerima bantuan Gawai Raya dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 dan hamper bernilai RM250.

“Di seluruh Sarawak, seramai 46,376 penerima bantuan sempena Hari Gawai dan Aidilfitri di mana seramai 15,626 menerima bantuan Hari Gawai manakala 30,750 menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Raya dan Endownment Fund Sarawak (EFS) 2019 di sini, semalam. 

Pada majlis itu juga, Dato Sri Hajah Fatimah turut menyampaikan bantuan Endownment Fund Sarawak (EFS) kepada mereka yang melahirkan anak pada tahun ini.

“Seramai 43 orang hadir bagi menerima bantuan Endownment Fund Sarawak (EFS) bernilai RM1,000 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank anak masing-masing.

“Sehingga 25 April 2019, jumlah kelahiran anak Sarawak adalah 10,317 dan jumlah pendaftaran untuk EFS adalah 5,070 orang atau 49.14 peratus,” tambahnya.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak- Kanak YB Rosey Yunus, ADUN Lambir YB Ripin Lamat dan ADUN Telang Usan YB Dennis Ngau.

Terdahulu Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Senadin berkata telah menjadi satu budaya bagi Kerajaan Sarawak menghulurkan bantuan kebajikan kepada penerima-penerima yang kurang bernasib baik menjelang setiap perayaan.

“Sudah menjadi satu budaya bagi Kerajaan Sarawak menghulurkan bantuan kebajikan kepada penerima-penerima yang kurang bernasib baik ketika musim perayaan.

“Ini membolehkan golongan kurang bernasib baik ini dapat menyambut perayaan dengan suasana yang lebih gembira,” katanya






No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...