Kerajaan Persekutuan dan Sarawak tubuh jawatankuasa bersama


 


Abang Johari menyampaikan cenderamata kepada Mansor pada majlis Penghargaan sempena Persaraan Setiausaha Persekutuan Sarawak itu di Kuching, malam tadi.
KUCHING: Satu Jawatankuasa Bersama ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang  dikenali sebagai Majlis Tindakan. 
Ketua Menteri  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Perdana Menteri telah bersetuju untuk mempunyai pengerusi bersama iaitu  Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mewakili Kerajaan Sarawak dan Menteri Kerja Raya, Baru Bian mewakili Kerajaan Persekutuan.
“Tujuannya adalah  untuk memberi fokus kepada  pembangunan negeri Sarawak,” katanya pada majlis Penghargaan sempena Persaraaan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Mansor Man di sini, malam tadi.
Beliau (Mansor) akan bersara wajib mulai 12 Mei ini selepas bertugas selama  setahun sembilan bulan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak.
Abang Johari berkata, meskipun tempoh perkhidmatan Mansor  tidak lama namun dalam tempoh tersebut adalah merupakan tempoh yang mencabar disebabkan berlakunya perubahan dari segi pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri selepas pilihan raya umum lalu.
“Bukan senang dalam  transisi ini, namun beliau (Mansor) telah memainkan peranan terbaik sepanjang berkhidmat di Sarawak. 
“Saya dan rakan-rakan di Kerajaan Sarawak amat bersyukur kerana dapat menjalankan kerjasama yang baik sepanjang tempoh ini bersama beliau. Kita bekerja secara baik dan kerja kita adalah demi kepentingan rakyat Sarawak,” katanya. 

Beliau menambah, pembangunan sekolah daif juga sudah ada formula yang akan dapat beri satu khidmat yang terbaik dan sebab itu, pentingnya persefahaman bersama demi kepentingan rakyat.
“Semoga perkhidmatan demikian bakal menjadi landasan untuk penggantinya nanti untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dan melalui gandingan ini sudah tentu akan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untik rakyat”, kata Abang Johari.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam ucapannya berkata, meskipun Mansor berkhidmat hanya setahun sembilan bulan namun beliau dilihat telah memahami keadaan di Sarawak serta keperluan pembangunan dan keperluan masyarakat. 
“Beliau juga banyak membantu Kerajaan Sarawak terutama dari segi kerjasama perhubungan akrab di antara kerajaan negeri dan persekutuan yang sudah tentunya banyak memberi kebaikan kepada kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mansor berkata, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak beliau tidak menghadapi apa-apa masalah dalam menjalankan kerjasama bersama pentadbiran awam Sarawak.
“Terima kasih kerajaan Sarawak di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh berkhidmat di Sarawak,” kata beliau.
Turut hadir ialah du Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing,  ahli kabinet negeri lain dan timbalan-timbalan setiausaha kerajaan negeri.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...