ISU KEROSAKAN GENSET DAN BEKALAN DIESEL TERPUTUS DI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR SARAWAK

KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI PENDIDIKAN

BERKAITAN ISU KEROSAKAN GENSET DAN BEKALAN DIESEL TERPUTUS DI SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR SARAWAK

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi perhatian yang serius mengenai masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah luar bandar Sarawak akibat kerosakan genset dan terputus bekalan diesel. Kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaraan genset serta pembekalan diesel ini dilaksanakan oleh Syarikat Jepak Holdings Sdn. Bhd (SJHSB). KPM bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sentiasa memantau kerja-kerja pembaikan genset dan pembekalan diesel oleh syarikat secara harian bagi membolehkan tindakan intervensi dilaksanakan sekiranya terdapat sekolah yang kehabisan disel atau mengalami kerosakan genset. 

Bagi Sekolah Kebangsaan Nanga Pelagus (SKNP), kerosakan genset berlaku bermula pada 19 April 2019 dan KPM telah memaklumkan syarikat untuk melaksanakan pembaikan.  Syarikat telah datang ke sekolah 23 April 2019 namun tidak dapat membaiki sertamerta dan perlu membawa komponen yang rosak ke Bintulu untuk pembaikan lanjut. Syarikat telah diarahkan untuk menyegerakan penyambungan semula bekalan eletrik di SKNP dan dijangka dapat disiapkan pada 2 Mei 2019.  JPN Sarawak juga telah bersedia dengan program intervensi bagi mengatasi masalah kerosakan genset.

KPM sentiasa memantau rapi isu bekalan eletrik di sekolah-sekolah Negeri Sarawak agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu

YB. DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
1 MEI 2019

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...