Dua buah rumah terbakar di Tudan



MIRI: Dua rumah di Lorong Harmoni di Tudan terbakar pada malam Khamis apabila menyebabkan sembilan mangsa kehilangan tempat tinggal.

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.31 malam.

Menurut Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Supt Law Poh Kiong, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kesemua mangsa berjaya melarikan diri semasa rumah dijilat api,” katanya.

Dalam kejadian itu, api dilihat mara dari ruang tamu rumah berkenaan sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 8.07 malam dan operasi tamat sejam kemudian.

Bagaimanapun, punca kejadian masih disiasat.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...