Chong: Abdul Karim, jangan berperangai seperti budak kecil suka merengek

KUCHING: Jangan berperangai seperti budak kecil yang suka merengek.
Itulah nasihat Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kepada Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Chieng Jen merujuk kepada isu  RTM yang didakwa Abdul Karim tidak membuat liputan majlis Kerajaan Sarawak.

“Saya tahu Abdul Karim mengadu bahawa RTM tidak bersikap adil terhadap Kerajaan Sarawak,” kata beliau yang juga timbalan menteri persekutuan.

Ahli Parlimen Stampin itu juga mengingatkan Menteri Sarawak itu bahawa di bawah BN sebelum ini, mereka mempunyai 100 peratus liputan dan pembangkang kosong peratus.

“Sekarang, sekiranya tidak 50-50, perbezaannya tidak juga jauh berbeza. Itu sebab, saya rasa beliau tidak selesa dengan liputan kurang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji untuk mengamalkan kebebasan media dalam manifestonya.

RTM  dikatakan tidak menyiarkan kenyataan dan wajah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam siaran beritanya.

Abdul Karim berkata, badan penyiaran awam itu mungkin telah membuat 181 liputan aktiviti melibatkan ketua menteri dan menteri negeri, tetapi tidak melakukannya sebaik mungkin.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...