Bukan rezeki Liverpool musim ini



LIVERPOOL - Liverpool gagal menamatkan kemarau 29 tahun untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana England (EPL) meskipun skuad The Reds meraih kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di Stadium Anfield sebentar tadi.


Hasrat skuad The Reds untuk muncul sebagai kelab pertama dalam sejarah memintas pendahulu liga, Manchester City pada perlawanan terakhir EPL tidak kesampaian selepas skuad The Citizens meraih kemenangan bergaya 4-1 ke atas Brighton & Hove Albion di Stadium Amex.


Bagaimanapun, kesungguhan dan semangat anak-anak buah Jurgen Klopp yang berterusan memberi tekanan kepada pasukan bimbingan Pep Guardiola dalam pemburuan kejuaraan EPL musim ini wajar mendapat pujian selepas hanya mencatatkan satu kekalahan dalam 38 perlawanan.
Pada aksi di Anfield, skuad kendalian Jurgen Klopp bermula agresif apabila melakukan serangan bertali arus ke kubu Wolves sebelum Sadio Mane menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-17.
Memasuki babak kedua, skuad The Reds sedikit cemas apabila sering diasak jentera serangan Wolves yang berusaha mendapatkan gol penyamaan.
Namun, hantaran cantik pemain pertahanan, Trent Alexander-Arnold berjaya disempurnakan oleh Mane untuk gol kedua pasukan tuan rumah menjadikan keputusan 2-0 sehingga tamat perlawanan.
Meskipun gagal menjulang kejuaraan EPL, Liverpool masih berpeluang untuk memenangi trofi musim ini apabila akan menentang Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano, Madrid pada awal pagi 2 Jun depan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...