Akibat Lawan arus, dua rakan sekerja maut dalam kemalangan jalan raya





Anistasia (kiri) dan Maria.

KUCHING: Dua rakan sekerja maut akibat kecederaan parah apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh di Jalan Stutong, di sini sekitar jam 12 tengah malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua wanita terbabit yang  bekerja sebagai pembantu kedai dikenali sebagai Anistasia Johea, 19 tahun dan Maria Bujang, 27 tahun.

Menurutnya semasa kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai melawan arus sebelum memasuki laluan sebuah kereta sehingga menyebabkan pelanggaran.

“Kereta bergerak lurus dari Stutong ke arah One TJ dan tiba-tiba sebuah motosikal (mangsa) melintas arah bertentangan dan membelok ke kanan di lampu isyarat di hadapan kereta tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Penunggang (Anistasia) dan pembonceng (Maria) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya menerusi satu kenyataan.

Mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Peninjau Baru, Bau dan Kampung Bungu Mawang, Tebakang itu kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

“Sementara lelaki yang memandu kereta dilaporan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Siasatan lanjut kes tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...