20 rumah panjang terima bantuan sempena Hari Gawai




SARIKEI: Sebanyak 20 buah rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok menerima bantuan Projek Pintu sempena Hari Gawai pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata bantuan ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan kehidupan penduduk di rumah panjang yang ada di kawasan DUN Repok.

“Penyerahan pintu-pintu di 20 buah rumah panjang di DUN Repok adalah bertujuan untuk melihat kehidupan penduduk supaya lebih baik.

“Sumbangan ini juga diharap dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di rumah-rumah panjang,” katanya semasa menyerahkan pintu-pintu ini kepada penduduk di rumah-rumah panjang di sini, semalam.

Antara rumah panjang yang mendapat bantuan ialah Rh Ibik, Rh Setia,  Rh Rabelin, Rh Rambai, Rh Anthony, Rh Sebu, Rh Man, Rh Mohd Rahmat Abdullah, Rh Austin, Rh Melina, Rh Antam, Rh Gerald, RH Lat, RH Andrew, Rh Mering, Rh Empaling, Rh Mawas, Rh Padang, Rh Tayan dan Rh Perada.

Selain pintu, beliau juga menyerahkan bantuan berupa kipas, tikar, peralatan membaiki rumah daif dan bahan binaan untuk pembinaan jalan simen.

Hadir sama Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Wong Zee Yeng dan Penghulu Huang Tiong Kang.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...