Wanita terjun sungai ditemukan lemas





Lokasi mangsa dilihat terjun ke dalam Batang Oya.

DALAT: Seorang wanita yang hilang selepas dikatakan terjun ke Batang Oya berhampiran Kampung Baru Seberang ditemukan lemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Ling Leh Chuo, 54, dijumpai sekitar 12.10 tengah hari pada jarak lebih kurang 20 meter dari lokasi wanita tersebut dilihat terjun.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Dalat untuk tindakan selanjutnya," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan mengenai seorang wanita yang terjun ke dalam sungai sekitar 11.14 pagi.

Katanya, pengadu tampil membuat laporan di balai polis selepas usaha mengesan mangsa menemui jalan buntu.

Roslan berkata, hasil siasatan awal dilokasi kejadian mendapati mangsa lemas merupakan pesakit mental dan tinggal bersama ahli keluarganya.

"Tiada unsur jenayah dikesan dengan kes masih dalam siasatan,” ujarnya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...