KUCHING: Cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa keperluan pasport untuk bergerak dalam Malaysia tidak relevan amat berisiko sekali gus meletakkan rakyat Sarawak dalam keadaan bahaya, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Katanya, rakyat Sarawak akan menanggung kesannya jika cadangan itu dilaksanakan.
“Sebaik saja pintu masuk imigresen Sarawak dibuka, ia akan dibanjiri profesional bukan rakyat Sarawak, yang datang bekerja di negeri ini tanpa memerlukan permit,” katanya semasa Dialog Bersama Rakyat di Ngemah, Ahad.
“Sebaik saja pintu masuk imigresen Sarawak dibuka, ia akan dibanjiri profesional bukan rakyat Sarawak, yang datang bekerja di negeri ini tanpa memerlukan permit,” katanya semasa Dialog Bersama Rakyat di Ngemah, Ahad.
Justeru, kata Masing yang juga Presiden PRS, autonomi imigresen ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963,” jelasnya.
Katanya, cadangan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Muhkriz Mahathir mahu kuasa autonomi Sarawak dari sudut imigresen dimansuhkan adalah keterlaluan.
Hak dari segi imigresen merupakan antara satu daripada 18 perkara dalam Perjanjian 18 Perkara yang dipersetujui sewaktu pembentukan Malaysia pada 1963.
Tujuannya adalah bagi melindungi kepentingan dan masa depan rakyat Sarawak yang ketika itu masih jauh di belakang dari segi ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan berbanding dengan Persekutuan Tanah Melayu.-SarawakVoice

No comments:
Post a Comment