United bakal dirombak - Solskjaer


BARCELONA: Pengurus Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukan Manchester United perlu dirombak untuk memastikan mereka kekal boleh bersaing dengan pasukan elit yang lain di pentas Eropah.
Meskipun United memulakan kempen dengan baik di Nou Camp apabila cubaan Marcus Rashford singgah di palang, namun selepas itu, mereka nyata tenggelam dengan penguasaan Barca, yang mudah menewaskan mereka 3-0 pada aksi suku akhir kedua dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-0 pagi tadi.
"Kami menentang pasukan yang hebat dan kami tahu tugasan yang perlu lakukan tetapi seperti saya kerap katakan selama ini bahawa pasukan ini tidak boleh diubah dalam sehari dua,” kata Solskjaer dalam sidang media selepas perlawanan.
"Kami akan melakukan perubahan dalam beberapa tahun akan datang untuk mencapai tahap sama seperti Barcelona dan pasukan lain yang ada sekarang ini.”
Solskjaer sejak mengambil alih tugas pengurus daripada Jose Mourinho yang dipecat Disember lalu dilihat berjaya mengembalikan keyakinan United dan tampak pantas meningkatkan pencapaian menerusi deretan kemenangan di peringkat liga.
Pasukan bimbingan juga garang apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 ketika menyingkirkan Paris St Germain di peringkat 16 terbaik menerusi kemenangan dramatik 3-1 di Paris.
Begitupun selepas aksi di Nou Camp yang menyaksikan Barca menenggelamkan terus United pagi tadi, Solskjaer nyata berdepan tugasan berat untuk merombak pasukan itu.
"Kami memiliki pemain yang hebat untuk meneruskan kerja dan ketika ini mereka melakukan kerja dengan baik hingga dapat ke suku akhir, tetapi kami perlu membina semula pasukan ini. Ia harus bermula daripada barisan jurulatih dan pemain dengan tambahan satu atau dua lagi anggota,” kata Solskjaer.
"Kami sudahpun melakukannya dengan bercakap kepada pemain bahawa kita perlu melakukan terbaik, mengubah sikap dengan mencipta suasana untuk mencapai pemain bertaraf dunia, ia dilakukan setiap hari.”
Barca mendapat gol ketiga mereka apabila Philippe Coutinho diberi terlalu banyak ruang dan masa untuk merembat kencang ke bucu gawang mereka.
Satu-satunya serangan bahaya United hadir menerusi Alexis Sanchez di hujung saingan yang nyaris menewaskan penjaga gol Barca Marc-Andre ter Stegen.
“Pada peringkat ini kamu tidak boleh keciciran dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Kami tidak memanfaatkan peluang besar yang ada, kemudian mereka menyumbat dua gol dan ia sudah berakhir.”  - Reuters

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...