TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman cedera nahas kemalangan



KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman cedera apabila terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Ranau bersama konvoi bermotosikal program Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan Pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri, kemalangan dilaporkan berlaku berhampiran Pekan Nabalu di Jalan Tamparuli-Ranau kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman hari ini melancarkan program konvoi Jelajah Kesedaran Bahaya Dadah anjuran AADK di Kota Kinabalu.

“Bagaimanapun, sekitar jam 10 pagi ketika dalam perjalanan konvoi di kawasan Pekan Nabalu menuju ke Ranau berlaku kemalangan membabitkan Datuk Azis yang menunggang bersama-sama peserta konvoi lain.

“Datuk Azis mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil serta masih lagi dirawat buat masa ini,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Mohd Azis dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (QEH) untuk menerima rawatan lanjut.

Pada jam 6.30 pagi tadi, Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar melancarkan pelepasan konvoi program berkenaan di pekarangan bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), di sini.

Beliau juga dijadual merasmikan program sama apabila konvoi berkenaan singgah di Tapak Tamu Pasar Tani Mingguan Pekan Ranau, sepatutnya pada jam 10 pagi tadi dan di Sandakan pada malam nanti.

Program itu dijalankan serentak dengan Promosi Regatta Lepa Jubli Perak 2019 sempena sambutan Regatta Lepa yang berlangsung di Semporna pada 26 hingga 28 April ini.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...