Steven Seagal kunjungi Siniawan


BINTANG aksi terkenal Hollywood, Steven Seagal hari ini membuat lawatan istimewa ke bandar lama Siniawan di Bau kira-kira 25 kilometer dari Kuching.

Siniawan, pekan kecil yang terletak di tepi sungai, masih mengekalkan struktur binaan bangunan kedai kayu lama dan dikunjungi ramai untuk menyaksikan panorama waktu senja dan malam.

Diiringi isterinya, Erdenetuya Seagal, 67, aktor itu berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk membuat penggambaran filemnya akan datang di Siniawan yang terkenal dengan pasar malamnya yang unik, sebagai lokasi.

“Ya, sudah pasti,” katanya di hadapan peminat beliau dan media sebelum meneruskan jadual melawat Tokong Guk Kung dan Kampung Buddha serta melepaskan ikan di sungai di Siniawan yang wujud sejak 1937.

Seagal yang membuat penampilan khas sempena Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang baru berakhir di sini turut mengunjungi Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat orang utan.
Beliau turut menanam pokok untuk menandakan kehadirannya ke tempat tarikan pelancongan negeri itu.

Aktor ini terkenal dalam filem seperti Under Siege (1992) dan Above The Law (1998).-HarianMetro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...