Sorok senjata api dalam kereta, lelaki diberkas di Limbang




Senjata yang ditemukan dalam karung guni di dalam kereta dinaiki suspek

LIMBANG: Seorang lelaki diberkas, manakala dua orang rakannya berjaya meloloskan diri dalam Op Landai di Kampung Ipai, di sini pada Rabu.

Dalam operasi sekitar pukul 7 malam itu, anggota polis terserempak dengan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran Brunei yang dinaiki tiga lelaki tersebut. 

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata ketika anggotanya mendekati kenderaan tersebut, dua lelaki melarikan diri ke kawasan hutan manakala seorang lagi berjaya di tangkap. 

"Hasil pemeriksaan dalam kereta kita menjumpai satu karung guni yang berisi satu laras senapang buatan sendiri, tiga butir peluru hidup, tiga bilah parang.

"Turut dijumpai adalah sebuah beg kecil yang mengandungi dua peket ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram,"  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Bukhori berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki dari Kampung Ipai itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

"Kita masih lagi memburu dua lagi rakannya yang berjaya melarikan diri dalam serbuan itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960/ Seksyen 6 (1) Akta Bahan Khakisan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen  15(1)(a) ADB 1952.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...