Setiausaha Politik Menteri direman 4 hari



Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (tengah) direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000. - NSTP

PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.

Perintah reman bermula hari ini hingga 5 April ini dikeluarkan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, sebentar tadi.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan sekitar jam 5 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, pemberian jam itu dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan.

Sumber itu memaklumkan, siasatan awal mendapati jam itu bernilai tinggi dan sebagai hadiah kepadanya berkemungkinan bertujuan untuk memperoleh projek kementerian.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan itu.

Semalam, Datuk Salahuddin Ayub, dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyerahkan kepada SPRM bagi menyiasat kes setiausaha politiknya yang ditahan berhubung penerimaan hadiah jam tangan mewah.

Beliau berkata pihaknya tidak akan campur tangan dalam siasatan SPRM dan membiarkan tindakan sewajarnya diambil berlandaskan undang-undang.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...