Scholes dipalit pertuduhan babit pertaruhan

LONDON: Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes didakwa oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) atas tuduhan melanggar peraturan membabitkan pertaruhan, kata badan induk itu, semalam.
Pendakwaan terhadap bekas pemain berusia 44 tahun itu, yang kariernya dalam bidang pengurusan bersama Oldham hanya bertahan selama 31 hari, musim ini adalah berkaitan dengan pertaruhan yang dibuatnya di antara 17 Ogos 2015 hingga 12 Januari 2019.
Tempoh berkenaan menyaksikan Scholes adalah sebahagian daripada pemilik kelab bukan liga, Salford City, sebelum dia dilantik sebagai pengurus Oldham pada Februari 2019.
"Paul Scholes didakwa dengan tuduhan salah laku berkait dengan Peraturan Pertaruhan FA,” kata FA dalam satu kenyataan. “Dia dituduh melakukan 140 pertaruhan bagi perlawanan bola sepak, yang bertentangan dengan Peraturan E8 FA, di antara 17 Ogos 2015 dan 12 Januari 2019.
“Dia diberikan tempoh sehingga 26 April bagi membalas tuduhan berkenaan.”
Scholes memulakan kerjayanya sebagai pengurus di Oldham dengan kemenangan tetapi selepas itu, kelab kendaliannya gagal meraih sebarang kemenangan dalam enam perlawanan berikutnya sekali gus tergelincir ke tangga 14 liga divisyen empat Inggeris itu.
Pernah memenangi 11 gelaran Liga Perdana Inggeris dan dua Liga Juara-Juara dalam karier penuh gemilangnya sebagai pemain United, 
Scholes, meletakkan jawatan sebagai pengarah kelab di Salford tetapi mengekalkan 10 peratus pegangan saham sebelum ke Oldham. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...