RASUAH: Bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah bebas

ABDUL Latif dan anaknya Fauzan Hatim serta Amir Shariffuddin dilepas dan dibebaskan daripada 37 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

JOHOR BAHRU 21 April - Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah dilepas dan dibebaskan daripada semua 37 pertuduhan rasuah pada 2017.

Abdul Latif, 69, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, dilihat berpelukan dengan ahli keluarga masing-masing dalam dan luar mahkamah terharu selepas keputusan itu dibacakan.

Ketiga-tiga mereka berdepan tuduhan mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Pada 19 April 2017, Abd. Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, bersama-sama seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan berasingan membabitkan nilai suapan RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...