Premis sarang burung walet tanpa lesen diserbu

KUCHING: Sebuah premis perusahaan sarang burung walet di Batu 18 Jalan Kuching-Serian dekat sini diserbu selepas disyaki beroperasi tanpa lesen, kelmarin.

Jurucakap Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dalam kenyataannya semalam berkata, serbuan sekitar jam 10.30 pagi itu disertai anggota penguat kuasa JHS, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, PDRM, Majlis Daerah Serian dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

“Kita memeriksa premis tersebut dan mendapati ia telah diubah suai mengikut perusahaan sarang burung walet.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, pemilik gagal menunjukkan sebarang permit atau lesen berkenaan perusahaan tersebut.

“Oleh yang demikian, pihak kami bertindak merampas peralatan yang digunakan untuk memanggil burung itu,” katanya.

Barang yang telah dirampas termasuk 28 unit speaker dan seunit termometer.

Rampasan dilakukan mengikut kesalahan di bawah Ordinan Seksyen 33(2) B, Wild Life Protection Ordinance 1998 (Chapter 26) iaitu membina rumah burung tanpa lesen atau permit daripada Kontroler Hidupan Liar.

Tambahnya lagi, JHS menerima aduan mengenai kegiatan tersebut daripada orang awam susulan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman dan keselesaan mereka.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...