Pemuda maut dalam nahas dua motosikal




Lokasi kemalangan dua motosikal pada Selasa

MUKAH: Seorang pemuda maut dalam nahas dua motosikal di Jalan Dalat-Medong, dekat sini pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Sze Kuok Sing, 29, dari Kampung Tegup di Dalat meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu, pada pukul 11 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Dalat DSP Roslan Leman, kejadian sekitar 1 tengah hari semalam itu berlaku apabila mangsa yang bergerak dari arah Medong menuju ke Dalat cuba membelok ke kanan untuk memasuki satu simpang.

"Bagaimanapun, sebuah motosikal yang berada di belakang dari arah yang sama cuba memotong motosikal ditunggang mangsa lalu melanggar bahagian sisi kanan.

"Mangsa terpelanting dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala penunggang dan pembonceng motosikal kedua cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...