Pasangan Muda Islam Perlu Bimbingan Berterusan

KUCHING: Bimbingan berterusan perlu diberikan kepada pasangan muda Islam bagi mengelak berlakunya perceraian disebabkan tidak bersedia dari segi mental dan ketahanan minda.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, selain kursus pra perkahwinan, bimbingan juga boleh diberikan menerusi kursus selepas perkahwinan.

Menurutnya, pasangan muda biasanya masih memerlukan bimbingan keluarga, masyarakat dan agensi berkaitan terutama dalam bentuk nasihat.

Dr Abdul Rahman berkata, usaha seperti itu penting bagi memastikan pasangan Islam dapat menjalani kehidupan dengan baik dan tidak meruntuhkan institusi keluarga.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Multaqa Pendaftar dan Penolong Pendaftar (Jurunikah) Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sepanjang tahun lepas katanya sepanjang 11,438 pasangan berkahwin didaftarkan berbanding 11,270 pasangan pada 2017.

Menurutnya, walaupun perceraian melibatkan pasangan Islam mencatatkan penurunan daripada 2,250 kes pada 2017 dan 2,122 kes pada 2018 namun ia masih tinggi.

Daripada jumlah itu sebanyak 171 pasangan ruju' dan disatukan semula 2018 selepas menghadiri sesi kaunseling.


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...