Operator Kren Maut Dihempap Kayu Balak

SARIKEI: Seorang operator kren maut di tempat kejadian apabila kayu balak menghempap dadanya dalam satu insiden di sebuah kilang kayu di Selalang, dekat sini, sekitar jam 4.30 petang Jumaat.
Mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat duduk kren yang dipandunya.
Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi hari ini, mengesahkan ada menerima laporan tersebut.
"Ketika kejadian mangsa, Akau Pilang, 46,  dari Kanowit sedang memunggah kayu balak dari sebuah tongkang untuk diproses di kilang terbabit.
"Bagaimanapun, ketika operasi memunggah sedang dijalankan, secara tiba-tiba sebatang kayu yang sedang diangkatnya menggelongsor jatuh terus ke arah tempat duduk mangsa yang sedang memandu kren terbabit.
"Mangsa yang tidak sempat melarikan kiri dihempap kayu balak terbabit dibahagian dada dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei dan hasil pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian dada.
Berikutan kejadian itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Jakar.
"Punca kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat daripada kabel kren itu terputus.
Kes dikategorikan sebagai kemalangan di tempat kerja.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...