Nasib Malang 416 Mangsa Kebakaran Di Uma Bawang Sungai Asap Dapat Perhatian Pelbagai Pihak

 BELAGA: Nasib malang yang menimpa seramai 416 orang mangsa kebakaran di Rumah Panjang Uma Bawang, Sungai Asap dekat sini semalam telah mendapat perhatian pelbagai pihak hari ini.

Tidak ketinggalan turun melawat dan menyampaikan bantuan kepada semua mangsa kebakaran adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.66 Murum, YB Kennedy Chuk Pai Ugon.
Turut mengiringi rombongan Kennedy Chuk Pai kira-kira pukul 2.30 petang itu adalah Pegawai Daerah Belaga, Juan Ubit, Pemanca Umek Jeno, Pemanca Tony Kulleh, Penghulu Saging Bit, Cr. Tirah Lawai dan ketua kaum yang lain.

Semasa lawatan ke tapak kejadian berkenaan, Kennedy Chuk Pai telah menyerahkan bantuan  bekalan makanan dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa terjejas. 

"Meskipun jumlah bantuan ini sedikit, adalah diharap sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mangsa.

"Saya berharap dengan adanya sumbangan daripada pelbagai pihak lain juga dapat memberi semangat baharu kepada mangsa," katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Barang Bantuan, Uma Bawang, Sungai Asap hari ini.

Antara lain, Jabatan Kebajikan Masyarakat mula mengagihkan bekalan makanan mulai hari ini. 

Pelbagai pihak lain juga ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk seperti barang makanan, minuman, perkakas dapur, tilam, pakaian, wang tunai dan sebagainya
.










No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...