Najib tiba di kompleks mahkamah untuk hari kedua perbicaraan



Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini, untuk hari kedua perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd. - NSTP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, sebentar tadi, untuk hari kedua perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu tiba tepat pada jam 9 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana hitam bernombor TN50.

Sebaik tiba di kompleks berkenaan, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan terus berjalan dengan diiringi beberapa individu masuk ke lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bekas Menteri Kewangan itu yang memakai sut lengkap berwarna gelap, kemeja putih dan bertali leher, dilihat sempat menyapa pengamal media dengan mengucapkan selamat pagi.

Tidak seperti hari pertama perbicaraan pada 3 April lalu, Najib dilihat tidak ditemani mana-mana ahli keluarganya, namun tetap kelihatan tenang berdepan pengamal media dan orang ramai yang hadir di kompleks berkenaan.-BH Online


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...