Murid-murid SK Kuala Baram II diberi cuti awal atas faktor keselamatan





Keadaan SK Kuala Baram II lenggang selepas murid-murid diberi cuti sehari awal hari ini.

MIRI: Keadaan asap jerebu akibat kebakaran tanah gambut memaksa kira-kira 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram II diberi cuti sehari awal hari ini - sebelum cuti umum sempena Good Friday - atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Sumber yang tidak mahu namanya disiarkan berkata arahan tersebut dibuat oleh Pejabat Pendidikan Bahagian Miri pada Rabu selepas melihat kepada situasi kebakaran yang dikhuatiri semakin merbahaya setelah ianya mula merebak berdekatan dengan sekolah. 

Sumber turut menafikan mesej tular di aplikasi WhatsApp pada Khamis yang menyatakan bahawa keadaan kebakaran berdekatan sekolah semakin bahaya dan darurat sehingga memaksa murid-murid disuruh pulang ke rumah dengan segera. 

"Keadaan itu sebenarnya berlaku pada Rabu apabila kita melihat asap tebal dari kebakaran itu, pihak sekolah terus memaklumkan kepada ibu bapa untuk datang awal untuk mengambil anak-anak yang habis sesi persekolahan pada pukul 12.30 tengah hari. 

"Perkara itu dibuat bagi mengelakkan murid-murid terpaksa menunggu lama ibu bapa atau penjaga atau pengusaha van sekolah ketika pulang sekolah pada Rabu," jelas beliau. 

Tinjauan Utusan Borneo di sekolah tersebut dan kawasan sekitar pada pagi Khamis mendapati keadaan masih terkawal dengan pihak bomba turut meninjau kawasan tersebut bagi mengelakkan api menghampiri kawasan sekolah.-UtusanBorneo
 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...