Mengapa bantah, Chong kepada GPS mengenai pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan





 
KUCHING: Tindakan ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) membantah pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dipersoalkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen (gambar).

Beliau tidak faham mengapa perkara yang selama ini diminta GPS tiba-tiba hari ini ditolak ketika ia dibacakan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Sambil menyifatkan hari ini sebagai amat penting, Chong yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata:
"Bukankah ini yang dimahukan oleh Kerajaan Sarawak? Tidak lain, tidak bukan," katanya yang juga Ahli Parlimen Stampin menerusi satu kenyataan.

Beliau menegaskan pindaan itu merupakan perkara yang diberi penekanan oleh Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dan diteruskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

"Sekarang kerajaan PH telah mengambil langkah pertama untuk mengembalikan kedudukan asal, GPS pula beralih untuk membantah," katanya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...