MIRI: Seramai enam wanita termasuk seorang warga asing, dan dua lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sini, pada 13 April lalu, melibatkan rampasan dadah bernilai RM25,965.00
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abd Latif dalam kenyataan media di sini hari ini, memberitahu polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 213.19 gram bernilai RM25,000 dan pil Erimin 5 sebanyak 31 biji seberat 9.77 gram bernilai RM465.
"Semua suspek yang ditangkap di sebuah premis inap desa di sini dan hasil risikan kita telah mendapati aktiviti pengedaran sejak awal Mac lalu di sekitar kawasan penginapan berkenaan," katanya.
Hasil daripada risikan yang dilakukan itu juga, pada pukul 6.30 petang, 13 April, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak menahan seorang suspek lelaki kaki lima hadapan sebuah premis inap desa tersebut.
Hasil pemeriksaan ke atas suspek polis berjaya menjumpai dua peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 17.20gram; satu paket plastik lutsinar mengandungi 11 paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 5.29 gram dan 23 biji pil Erimin 5 seberat 7.27gram.
Hasil pemeriksaan ke atas suspek polis berjaya menjumpai dua peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 17.20gram; satu paket plastik lutsinar mengandungi 11 paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat 5.29 gram dan 23 biji pil Erimin 5 seberat 7.27gram.
Suspek ditahan di bawah tempatan di bawah kesalahan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Lanjutan kepada serbuan dan tangkapan pertama yang dijalankan, pada hari yang sama, pukul 6.40 petang, pasukan polis melakukan serbuan serentak di dua buah bilik yang berasingan di premis yang sama," katanya.
Hasil serbuan di bilik pertama, polis telah menahan seramai lima orang perempuan semuanya penganggur.
Seorang warga asing, berasal dari Pontianak, Indonesia dan empat yang lain warga tempatan, masing-masingnya berasal dari Piasau Jaya, Miri; Sungai Jakar, Sarikei; Kampung Sebanggang Lama, Lawas dan Padau Bayong, Sarikei.
"Hasil pemeriksaan polis di bilik berkenaan, telah menjumpai dua peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.40 gram.
Kelima-lima suspek ditahan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Dalam serbuan di bilik kedua, pasukan polis menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berasal dari Miri dan merampas lima paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu sebarat 190 gram dan lapan pil disyaki Erimin 5 seberat 2.50 gram.
Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan semua dadah dijumpai daripada kesemua suspek turut dirampas.
Manakala semua suspek dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Miri, untuk tindakan selanjutnya dan kesemua suspek turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis juga turut merampas sebuah kereta jenis mewah dianggarkan bernilai RM45,000, sebuah motosikal dianggarkan nilai RM20,000.
Polis juga berjaya mendapatkan permohonan reman selama lima hari bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas semua suspek.
Sementara bagi kes pasangan yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati.-UtusanBorneo


No comments:
Post a Comment