KUCHING, 8 April 2019 : YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah menerima kunjungan hormat daripada pihak rombongan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Wisma Bapa Malaysia, petang tadi.

Kunjungan hormat telah diketuai oleh YB Datuk Haji Aidi bin Haji Moktar, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Majlis Tertinggi MUIS yang bertujuan untuk perkongsian ilmu dan pengetahuan tentang Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Sarawak.

Turut serta bersama rombongan tersebut adalah YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar serta YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...