Kerjasama KBS Dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Sarawak Realisasikan Konsep "Dari Belia Untuk Belia"


 
KUCHING: Hubungan akrab di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di peringkat Persekutuan dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan di Sarawak mampu merealisasikan konsep "Dari Belia Untuk Belia".

Perkara ini dimaklumkan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Sarawak Menteri YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Perundingan Belia Peringkat Sarawak, hari ini.

"Konsep "Dari Belia Untuk Belia" ini merupakan satu konsep sama rata dalam membangunkan negara yang sememangnya telah diamalkan sebelum ini.

"Konsep perbincangan dengan pemegang taruh akan memberi impak yang besar kepada masyarakat agar belia kita sedar bahawa kerajaan amat menghargai mereka.

"Sehubungan itu, belia diseru mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya permainan sukan seperti futsal, sukan ekstrem dan eSport yang begitu popular di kalangan orang muda," katanya.

Menyentuh mengenai belia di Sarawak, Datuk Abduk Karim berkata Kerajaan Sarawak amat memberi fokus kepada generasi pewaris dan pelapis kepimpinan negara ini.

"Di Malaysia, jumlah belia yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun meliputi hampir 11 juta orang pada hari ini.

"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2016 jumlah belia di negeri Sarawak berumur 15 hingga 30 tahun ialah seramai 836,600 orang iaitu 32 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Sarawak yang berjumlah 2,636,000 orang.

"Daripada jumlah tersebut, 486,500 orang atau 58 peratus terdiri daripada golongan belia bandar dan 350,000 orang atau 42 peratus adalah golongan belia luar bandar," katanya. 

Menyedari jumlah belia di Sarawak yang semakin meningkat, Kerajaan Sarawak telah menyediakan selengkap-lengkapnya tanggungjawab dalam meneruskan agenda pembangunan negara kepada belia.

Kini tiba masanya belia memiliki "world view perspective" yang tepat demi memastikan "mind set" berada pada zaman yang betul.

"Hakikatnya kita kini telah berada dalam zaman k-ekonomi setelah negara kita merdeka. Ini tidak bermakna kita tidak lagi diancam penjajahan. 

"Penjajahan baru boleh terjadi dalam pelbagai bentuk melalui medium teknologi yang begitu pesat sekali.

"Untuk itu, pembukaan minda dan perubahan budaya tidak akan menghakis patriotisme dalam diri kita selagi ianya difokuskan kepada cinta yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa dan negara kita Malaysia," ujarnya. 

Majlis Perundingan Belia Peringkat Sarawak dihadiri beberapa belia daripada setiap bahagian di Sarawak dan belia yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO's) dalam mengupas isu-isu semasa berkaitan belia dan negeri ini.

Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan pada majlis itu dan perbincangan mengenai isu-isu yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan keperluan dan kehendak belia pada hari dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.




No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...