Kastam Miri rampas pelbagai rokok, minuman keras di Long Lapok


 


Hasil rampasan di Long Lapok pada Selasa.

MIRI: Sejumlah 127,508 batang rokok dan 1,819.44 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki belum mempunyai kelulusan kastam dirampas di sebuah premis perniagaan di Long Lapok pada Selasa.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata serbuan itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Miri bersama pasukan serbuan dari JKDM Bintulu. 

“Hasil rampasan melibatkan jumlah nilai sebanyak RM33,111 dengan anggaran jumlah cukai yang terlibat sebanyak RM126,079.79. 

“Dua orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sharifah Halimah berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. 

“Jika sabit kesalahan, pesalah akan didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda amaun duti kastam atau RM100,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti kastam atau RM500,000 mengikut mana-mana amaun lebih besar atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. 

“Orang awam adalah diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dadah dan juga lain-lain barang larangan seperti rokok, minuman keras dan mercun,” ujar beliau. 

Beliau berkata maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau talian terus Ibu Pejabat JKDM Sarawak di talian 082-472133 atau mana-mana Pejabat Kastam yang berhampiran.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...