Kampung Boom di Oya, Dalat


Tauk Sik Kitak Urang❓

Di Daerah Kecil Oya Dalat terdapat sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Boom. Adakah Kampung Boom ini benar-benar mempunyai bom sehingga ia dipanggil dengan nama Kampung Boom?

Menurut sumber yang diperolehi daripada KK Jahori Uji iaitu Ketua Kaum Kampung Boom, nama Kampung Boom ini berasal dari perkataan "bom" yang membawa maksud "lurus". Hal ini demikian kerana semasa pemerintahan Raja Brooke di kawasan Oya hingga ke Dalat, sebuah banglo yang menjadi tempat kediaman pemerintah telah dibina. Di hadapan banglo itu dibina sebuah jalan yang lurus menuju ke tebing Batang Oya. Berikutan jalan yang lurus itu, masyarakat telah memanggilnya sebagai "bom".

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun telah menggugurkan empat biji bom di kawasan jalan tersebut sehingga akhirnya kawasan itu sinonim dengan nama Kampung Boom. Dan begitulah cerita di sebalik nama Kampung Boom yang kita kenali pada hari ini,

Kredit : MENARIK DI MUKAH






No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...