Janjikan kerja palsu, lelaki kena 11 tahun



 


KUCHING: Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Penolong Jurutera Jabatan Laut Gred 29 merupakan jawatan yang dijanjikan oleh seorang lelaki yang didakwa atas enam pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Febian Siges, 52, mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nelson Ensit.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan denda RM18,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal.

Dia didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mendakwa dirinya sebagai ‘orang dalam’ bagi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta menipu tiga mangsa dengan menjanjikan kerja palsu.
Kesemua pertuduhan tersebut dilakukan antara Oktober 2018 dan Disember 2018.

Seorang mangsa mengadu tertuduh memperkenalkan dirinya sebagai penemu duga SPA dan diarahkan memberi RM2,000 secara berperingkat kepada tertuduh sebagai jalan singkat untuk mendapatkan kerja.

Manakala, dua mangsa lain diarahkan memberi RM7,000 secara berperingkat untuk tujuan sama.

Jumlah kerugian bernilai RM9,000.
Febian memohon diringankan hukuman kerana anaknya masih belajar di institut pengajian tinggi dan memerlukan perbelanjaan bulanan di samping menjaga ayahnya yang sudah berusia.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Madratun Naim Mohd Saidi memberitahu mahkamah, tertuduh merupakan pesalah berulang, justeru dia harus dihukum sewajarnya.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...