Hutang negara naik sebab Guan Eng tak cekap, kata UMNO

KUALA LUMPUR: Ketidakcekapan Lim Guan Eng ( LGE ) mengurus ekonomi Malaysia menyebabkan hutang negara terus meningkat kepada RM785.2 bilion.


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata

ini bermakna hutang telah meningkat sebanyak RM98.4 bilion sejak Kerajaan PH mengambil alih pemerintahan negara.


“Hakikatnya hanya RM686.8 bilion sahaja hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN pada 9 Mei 2018 lalu,”’ katanya dalam satu kenyataan.


“Bayangkan pasti jumlah hutang Malaysia di bawah Kerajaan PH akan terus meningkat jika LGE terus meminjam. Jumlah ini belum dicampur RM82 bilion yang Kerajaan PH ambil dari Petronas”, katanya.


Justeru, beliau mempersoalkan adakah LGE cekap mengurus ekonomi ?

Katanya lagi, lebih merisaukan banyak syarikat dan aset negara telah dan akan dijual.


“Malah sikap LGE yang sentiasa memutar belit fakta menimbulkan ketidakyakinan pelbagai pihak. Ini tidak baik pada negara”, ujarnya.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...