GEREJA SARAWAK KUTUK PENGEBOMAN DI SRI LANKA

KUCHING: Persatuan Gereja-Gereja Sarawak mengutuk pengeboman besar-besaran ke atas gereja termasuk hotel di Sri Lanka.

Uskup Agung Gereja Roman Katolik, Simon Poh berkata serangan ganas itu amat menyedihkan, yang mengorbankan orang tidak bersalah ketika penganut Kristian meraikan hari suci - Ahad Paskah.

Menurutnya, pembunuhan terancang yang menyasarkan Ahad Paskah, baik di gereja-gereja dan hotel adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan

"Pembunuhan orang yang tidak bersalah,  kanak-kanak, wanita, keluarga terutama ketika sedang bersembahyang adalah kejahatan yang berat terhadap manusia," katanya yang dihubungi, hari ini.

Simon turut mengajak semua orang tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama memanjangkan doa untuk mangsa yang terkorban dan keluarga mereka.

Sambutan Ahad Paskah bagi penganut Kristian seluruh dunia meraikan kebangkitan Yesus dari kematian, dikejutkan dengan pengeboman ke atas gereja dan hotel di Sri Lanka.

Lebih 200 orang maut manakala 450 lagi cedera dalam lapan siri letupan itu.-SuaraSarawak

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...