MIRI: Gara-gara memiliki pisau pemotong di dalam beg, seorang lelaki ditangkap selepas pihak polis dan anggota Jawatankuasa Residen (RC) pada malam Ahad lepas.
Tangkapan itu dibuat selepas laporan diterima mengenai dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan di sebuah pejabat kerajaan di Jalan Jee Foh di sini.
Pasukan polis tiba pada jam 10.40 malam sejurus menerima laporan itu dan berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 30-an.
Sementara itu, rakannya berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.
Semasa pemeriksaan, polis menemui pisau pemotong di dalam begnya.
Pisau itu kemudian segera dirampas.
No comments:
Post a Comment